23 December 2014 - Selamat datang ke laman web N01 Kuala Linggi www.kualalinggi.com. Maklumat semasa sekitar kawasan DUN Kuala Linggi akan dikemaskini melalui laman ini.

Lawatan Kerja Ke Projek Azam Tani Jabatan Perikanan Negeri Melaka Peringkat DUN Kuala Linggi

Kuala Linggi : 4 April 2012 ; Satu sesi Lawatan Kerja Ke Projek Azam Tani Jabatan Perikanan Negeri Melaka peringkat DUN Kuala Linggi berlansung jam 9.00 pagi tadi. Kehadiran Pn. Rosmawati bt. Ghazali, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Melaka dan En. Md. Yazid b. Md. Ali, Pengarah MARDI Negeri Melaka bersama pegawai-pegawai, disambut oleh YB Datuk Ar. Hj Ismail b. Hj. Othman ADUN Kawasan Kuala Linggi, Tuan Hj. Sabri b. Husin, Penghulu DUN Kuala Linggi, Pengerusi JKKK dan kakitangan JAPERUN Kuala Linggi.

Satu taklimat ringkas diadakan di bilik mesyuarat JAPERUN Kuala Linggi. Tepat jam 9.30 pagi sesi Lawatan Kerja Ke Projek Azam Tani Jabatan Perikanan Negeri Melaka peringkat DUN Kuala Linggi dijalankan.

Singgah minum pagi di Jeti Kampung Telok Gong sebelum Lawatan Kerja Ke Projek Azam Tani Peringkat DUN Kuala Linggi.

Majlis Penyampaian Bantuan Enjin Sangkut kepada peserta Azam Tani En. Mamat bin Yusof dan En. Lassim Bin Bedol, disampaikan oleh YB ADUN Kawasan Kuala Linggi Datuk Ar. Hj Ismail b. Hj. Othman hadir bersama Pn. Rosmawati bt. Ghazali, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Melaka, En. Md. Yazid b. Md. Ali, Pengarah MARDI Negeri Melaka, Tn. Hj. Sabri b. Husin, Penghulu DUN Kuala Linggi, En. Abu Bakar b. Darum Pengerusi JKKK Telok Gong dan En. Mohd Azhar b. Yassin Pembantu Kebajikan ADUN Kuala Linggi.

Majlis Penyampaian Bantuan Enjin Sangkut kepada peserta Azam Tani En. Saparuddin b. Mohd Zon, disampaikan oleh YB ADUN Kawasan Kuala Linggi Datuk Ar. Hj Ismail b. Hj. Othman hadir bersama Pn. Rosmawati bt. Ghazali, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Melaka, En. Md. Yazid b. Md. Ali, Pengarah MARDI Negeri Melaka, Tn. Hj. Sabri b. Husin, Penghulu DUN Kuala Linggi dan En. Abu Bakar b. Darum Pengerusi JKKK Telok Gong.

Lawatan Projek Azam Tani En. Ibrahim b. Abdul Jalil (Ternakan Ayam Kampung) di Kampung Tengah. YB ADUN Kawasan Kuala Linggi Datuk Ar. Hj Ismail b. Hj. Othman bersama Pn. Rosmawati bt. Ghazali, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Melaka, En. Md. Yazid b. Md. Ali, Pengarah MARDI Negeri Melaka dan Pengerusi JKKK Kampung Tengah Tn. Hj. Hussin b. Bagus.

Sembang santai YB ADUN Kawasan Kuala Linggi Datuk Ar. Hj. Ismail b. Hj. Othman dan Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Melaka Pn. Rosmawati di Balai Nelayan Kampung Tanjung Dahan, bersama penduduk dan nelayan Tanjung Dahan.

Melaka Maju Bandar Teknologi Hijau